Jumaat, 30 Julai 2010

Program Memperkasa Jentera Pilihanraya Umum Ke 13

Semua ahli serta para penyokong Parti Islam SeMalaysia khususnya di kawasan Parlimen Pulai diminta hadir.

Jumaat, 16 Julai 2010

Pertumbuhan Ekonomi Meningkat: Minyak, Gula Naik

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen menjadikan harga petrol Ron 95 RM1.85 sen  dan gula sebanyak 25 sen jadi RM 1.90 sen. Kenaikan ketika rakyat menghadapi tekanan hidup akibat daripada indeks pengguna makin meningkat.

PAS merasa pelik ketika pengumuman ini dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau dengan rasa bangga menyatakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 10.1 peratus dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik dalam dekad ini . Kemudian mengumumkan pula  kenaikan harga petrol dan gula. Apa makna kepada rakyat kalau kononnya pertumbuhan ekonomi sebanyak itu tetapi harga barang naik.

PAS berpandangan kerajaan pada hari ini terlalu dhaif dalam menguruskan ekonomi sehingga terpaksa menaikan harga petrol dan gula. Sepatutnya sebagai kerajaan, ia perlu memikirkan bagaimana hendak menyenangkan rakyat di bawah jagaan mereka, sebaliknya kerajaan hari ini membebankan rakyat. Nampaknya kerajaan BN kontang idea untuk membaiki taraf hidup rakyat, yang mereka fikir naik harga barang dan saman ekor.

Datuk Seri Najib mengumumkan dengan kenaikan harga gula dan petrol kerajaan dapat jimat wang RM24 bilion. Sepatutnya perkara ini dapat ditampung jika kerajaan pada hari ini mengatasi masalah rasuah dan kroni. Laporan audit negara 2008 menyatakan akibat ketirisan  negara rugi RM28 bilion dan Ketua Setiausaha Negara menyatakan negara rugi akibat rasuah sebanyak RM10 bilion setahun. PAS merasa bangga dengan kebolehan dan kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah di empat negeri, dimana pemimpinnya siang malam memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat bukan membebankan rakyat. Dengan kemampuan yang minima pendapatan di bawah kerajaan negeri, Pakatan Rakyat mampu mengurus tadbir dengan baik, contohnya Kedah yang terpaksa memikul bebanan hutang dan pembaziran di zaman Umno 52 tahun hampir RM3 bilion, masih mampu urus tadbir dengan baik, begitu juga dengan Kelantan yang berjaya mentadbir selama 20 tahun.
  
Ketika Kerajaan BN yang hampir lumpuh dari segi kewangan untuk mentadbir negara, tiba-tiba kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencari berbagai idea untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat seperti percuma, tusyen percuma, skim Kifalah, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), manaka BN pula merancang bagaimana hendak naik tarif air, tol dan eletrik.
  
PAS menyeru kalau kerajaan BN sudah bangkrap idea untuk membantu rakyat, sila serahkan kuasa secara terhormat kepada Pakatan Rakyat untuk kami mentadbir. Biar rakyat boleh banding kemampuan Pakatan Rakyat dengan BN di negara ini.
  
PAS menyeru semua jentera penerangan PAS sila naikkan kain rentang di pelusuk kampung terutamanya sebagai tanda protes, supaya rakyat mengetahui untuk ajar pemimpin  negara ini ialah dengan bahasa undi sahaja. Slogan “Terima kasih kepada kerajaan BN yang menaikkan harga minyak dan gula, “Bahagianya Rakyat Tanpamu BN” hendaklah dinaikkan untuk menanamkan kesedaran sivik dan politik di negara ini.
 
Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Khamis, 15 Julai 2010

PAS sudah tolak berunding dengan Umno


Nik Abdul Aziz Nik Mat   
Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar hari ini (14 Julai 2010), khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno.

Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan KITA HARUS INGAT penghujung hidup manusia adalah Akhirat. Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di Akhirat.

Atas maksud untuk memenuhi tuntutan hidup beragama, maka setiap kali umat Islam sembahyang, hendaklah membaca al-Fatihah yang di dalamnya mengandungi perkataan “maliki yaumiddin” yang bermaksud hari agama, hari  berlakunya pembalasan mengikut neraca agama. Sementara agama itu pula terkandung di dalam 30 juzuk al-Quran. Oleh sebab itu, Islam mengajar kita supaya menerima pakai semua ayat al-Quran sebagai panduan hidup. Kita tidak boleh pilih untuk pakai ayat-ayat tertentu, sementara ayat-ayat tertentu pula kita tolak.

Atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab. Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW. Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi.

Wallahu’alam.
YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan

Isnin, 12 Julai 2010

PM rasmi Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat


Najib Tun Razak yang diiringi Nur Jazlan Mohamed melihat potret Tok Mat selepas merasmikan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 11 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat dan Galeri Tok Mat Rahmat di Tampoi dekat sini.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dengan perjuangan Mohamed atau lebih dikenali sebagai Tok Mat sepanjang menjadi ahli UMNO dan Menteri Penerangan suatu ketika dahulu.
Beliau berkata, perjuangan sejati Allahyarham terutama semasa parti melalui saat-saat genting pada tahun 1987 dan 1988 harus diteladani pemimpin UMNO masa kini.
"Kita mahu para pemimpin mencontohi semangat perjuangan Allahyarham yang terus berjuang demi memastikan UMNO terus diterima semua terutama orang Melayu," katanya.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan.

Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah