Isnin, 20 Disember 2010

Mengapa perlu berada dalam PAS?

Oleh Dato Harun Taib

PARA sahabat r.a dan khulafa’ ar-rasyidin merupakan generasi terawal yang memahami kewajipan menyambung perjuangan amal Islami.
Mereka amat memahami dan berpegang teguh kepada firman Allah Taala yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa Ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; Maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang”. - ( As-Shaf : 14 )


Rasulullah s.a.w dalam khutbahnya sempena haji wadaĆ­nya di Arafah antara lain: “falyubalighi syahida minkumul ghaiba” bermaksud: “Maka hendaklah orang yang hadir pada hari ini menyampaikan risalah ini kepada yang tidak hadir.” Generasi sahabat merasakan satu arahan diajukan kepada mereka supaya menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w ini. 
Dari sudut logiknya, risalah nabi Isa a.s terhad waktunya dari mula dilantik menjadi utusan Allah sebagai nabi sehingga lahirnya Rasulullah s.a.w.Namun dia memerlukan penyambung risalah Ilahiyyah ini selepas ketiadaannya. Apatah lagi nafas risalah nabi yang bersifat begitu panjang sehingga qiamat, sudah tentu memerlukan orang yang menyambungnya, lebih-lebih lagi risalah Islam itu untuk alam seterusnya. Sesuai pada setiap masa dan zaman. Namun begitu, Rasulullah s.a.w diwafatkan ketika Islam hanya berkuatkuasa di Semenanjung Tanah Arab sahaja. 
Oleh yang demikian, untuk menyebarluaskan risalah ini ke seluruh dunia, ia dilakukan oleh para sahabat dan setiap orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda. Mereka wajib mengikut arahan Allah Taala untuk memikul amanah besar ini. Selain daripada itu, Nabi s.a.w bersabda: “talzamu jama’atal muslimin wa imamahum...” ( Wajib ke atas kamu bersama dengan jemaah Islam dan mentaati kepimpinan mereka...). Hadis ini merupakan sebahagian daripada hadis yang panjang semasa wawancara Setiausaha Sulit Nabi s.a.w, Huzaifah Al-Yaman dengan Nabi.Bersumberkan hujah ini, sudah cukup setiap Muslim berasa degup jantung kewajipan menyambung risalah ini.
Kewajipan menyertai jemaah Islam
Kewajipan perjuangan Islam itu tidak boleh dilakukan secara perseorangan. Ini kerana penyertaannya terhad dengan umurnya. 
Oleh itu, seseorang itu hanya dapat melakukan kerja-kerja perjuangan semasa hidupnya sahaja. Sekiranya ia bekerja secara berjemaah, jika ia mati, jemaah tetap terus berkerja dan bergerak untuk menerangkan risalah ini iaitu dalam satu bentuk organisasi atau jemaah yang tersusun rapi. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam satu barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”. - (As-Shaf:4) Mafhum mukhalafahnya; mereka yang tidak berjuang dalam jemaah, mereka sebenarnya terkeluar dari orang yang dikasihi oleh Allah Taala. 

Khamis, 16 Disember 2010

Rabu, 1 Disember 2010

Resolusi Persidangan Shah Alam

Resolusi Persidangan Shah Alam
Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat
29 November 2010, Shah Alam, Selangor

“Meneruskan Cita-cita Rakyat”

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.

A. Hasrat
Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini Kami menegaskan:

1. Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;

2. Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai  berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;

3. Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;

4. Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan

5. Untuk memastikan sumber kekayaan Negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah