Rabu, 24 November 2010

PAS Tidak Akan Naik Kapal Bocor

Parti Islam Semalaysia PAS menolak pelawaan Datuk Ahmad Maslan untuk menyertai BN.

PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam, malahan PAS akan berusaha supaya ahli-ahli umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan PAS.

PAS tidak akan bersama dengan BN sebaliknya terus dengan Pakatan Rakyat yang sudah teruji dan terbukti.

Sekarang Umno sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi.

Perjuangan yang hanya mementingkan ”perutism” sahaja.

Menjadikan perjuangan sebagai batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa.

Umno hanya boleh hidup dengan 3 M sahaja, iaitu Wang, jentera kerajaan dan media.

Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata.

Isnin, 8 November 2010

MenGALAS Perjuangan yang Masih Jauh


http://episodeperjuangan.blogspot.com
1. Keputusan pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi sedikit sebanyak membuatkan kita sedih apabila keputusannya tidak berpihak kepada kita [ Pakatan Rakyat ] di saat kita sangat dambakan kemenangan ke atas Barisan Nasional .


2. Namun kita tidak boleh berputus asa , jauh sekali untuk kecewa dengan perjuangan yang kita dokong setelah kita yakin bahawa perjuangan ini adalah benar dan suci . Justeru keputusan pilihanraya yang tidak berpihak kepada kita bukan bererti kita kalah atau menyerah kalah.


3. Sebaliknya kekalahan kita dalam pilihanraya kecil baru - baru ini membangkitkan kembali semangat untuk terus berjuang dengan memperbaiki segala kelemahan dan membetulkan segala kesilapan .


4. Sewajarnya kita bersikap positif dan senantiasa optimis terhadap masa depan perjuangan Islam yang kita dokong ini. Tanpa perlu kita saling tuding menuding atau salah menyalah antara satu sama lain , sebaliknya kenal pasti kelemahan dan kekurangan yang perlu diperkasa dan diberi nilai tambah untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang .


5. Kita selamanya tidak boleh bergantung kepada kelemahan musuh untuk mencipta kemenangan bahkan kita mesti miliki keupayaan sendiri untuk melakar peta kemenangan dan tentunya kita mempunyai keistemewaan tersendiri sebagai sebuah Gerakan Islam untuk mencapai matlamat perjuangan ini.


6. Tanpa memandang rendah pada tahap kekuatan dan kemampuan Barisan Nasional , kita jangan hanya menuding punca kekalahan dalam pilihanraya kepada mereka , kerana sifat mereka sebagai musuh politik kita , pastinya mereka akan melakukan apa sahaja demi mencapai kemenangan .


7. Persoalannya kenapa kita boleh dikalahkan oleh mereka sedang mereka juga boleh dikalahkan oleh kita. Sebagai contoh , pasca pilihanraya umum yang lalu [ 2008 ] , kita telah melalui 13 kali pilihanraya kecil dan kita Pakatan Rakyat memenangi 8 daripadanya iaitu Permatang Pauh , Penanti , Permatang Pasir , Bukit Gantang , Bukit Selambau , Kuala Terengganu , Manek Urai dan Sibu . Sementara Barisan Nasional5 kerusi iaitu di Batang Ai , Bagan Pinang , Hulu Selangor , Batu Sapi dan Galas . menang


8. Senario pilihanraya kecil ini menyaksikan masing - masing parti mempertahankan kerusi yang telah di menangi masing - masing dalam pilihanraya umum kecuali kerusi Hulu Selangor dan Galas berjaya dirampas oleh Barisan Nasional sementara kerusi Kuala Terengganu dan Sibu berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat .


9. Realiti ini menunjukkan kedua - kedua parti tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan yang dicapai apalagi untuk angkuh dan congkak dengan sokongan yang diperolehi , kerana politik moden hari ini jelas menunjukkan bahawa , sesebuah parti kini boleh menang dan boleh kalah dengan mudah . Bukan sahaja kerusi tetapi juga kerajaan . Buat masa ini secara realitinya telah ada 5 buah negeri yang mengalami pertukaran kerajaan malah kerajaan persekutuan juga hampir bertukar tangan apabila kini telah hilang majoriti dua pertiga . Termasuklah kerusi - kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan yang majoritinya beralih tangan kepada Pakatan Rakyat .


10. Ini adalah fakta yang mesti diinsafi oleh semua termasuk kita , walaupun kita telah berjaya mengekalkan kerajaan di Kelantan selama 20 tahun . Tempoh yang dipertahankan ini bukan untuk dibangga jauh sekali untuk berasa angkuh dan sombong , tetapi ianya diraikan untuk menimbulkan rasa syukur dan insaf betapa besarnya amanah dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul sebagaimana ia dirasai pada hari pertama kita mengambil alih pemerintahan di Kelantan pada 1990 yang lalu.


Isnin, 1 November 2010

Program Ibadah Qurban Bersama PAS KAWASAN PULAI

 Klik pada gambar untuk besarkan

Klik pada gambar untuk besarkan

Anjuran PAS Kawasan Pulai dengan kerjasama Lajnah Kebajikan PAS Kaw Pulai

Objektif Program:

  • Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan 
  • Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban

Maklumat lanjut sila hubungi: 


M Adzri: 016 754 6760
Suhaizan: 019 728 5174
Ust Akhmal: 012 764 3297
Roslan: 019 777 5672

atau e-mel paspulai89@gmail.com


  • 1 Bahagian Lembu RM 400.00  
  • Kambing RM 750.00
Dapatkan borang

Masa dan tempat program akan dimaklumkan kemudian.


Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah