Sabtu, 27 Februari 2010

Blok D Flat Larkin Bakal Bergelap Sebulan?

Hari ini sudah masuk hari ke-6, hampir seribu orang penduduk blok D Flat Larkin berhampiran Terminal Bas Larkin keputusan bekalan elektrik yang menyebabkan penduduk bergelap pada malam hari, lif tidak berfungsi dan makanan yang disimpan didalam peti ais akan rosak.

Rombongan PAS Johor Bahru diketuai sendiri oleh Yang dipertuanya En Rosli Kemin ditemani beberapa orang AJK kawasan dan turut hadir Hj Abdullah Idris selaku Yang dipertua PAS Pulai.

Sidang media dan soal jawab bersama penduduk telahpun berjaya dilaksanakan bilamana ada penduduk yang berani tampil membuat laporan. Flat Larkin ini terletak dibawah Suk Perumahan Johor dan disewakan kepada penduduk. Flat setinggi 16 tingkat ini setiap tingkatnya pula ada 16 unit rumah menjadikan ia 256 buah dengan kira-kira 1,000 orang penduduk.

Kami dibawa meninjau kesan-kesan kebakaran dari tingkat satu hingga tiga dan didapati beberapa orang kontraktor elektrik sedang berusaha untuk membaiki kerosakan dan dimaklumkan kerosakan ini hanya boleh pulih sepenuhnya paling awal 2 minggu dan boleh jadi sebulan.

Rombongan kami diberikan cenderahati yang sangat bernilai sebelum berangkat pulang dengan beberapa pasang kasut dan selipar yang dipercayai dilempar oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang cukup tidak senang dengan kehadiran kami.
Inilah sikap terpuji orang melayu yang berjaya disemai oleh Umno yang dikatakan cukup kuat menjaga kawasan flat ini.

Sebulan yang lalu seorang warga emas mengadu kepada kami betapa maksiat di kawasan flat ini cukup serius dari isu seks sehinggalah isu pecah rumah. Penduduk pernah beberapa kali mengadu kepada pihak polis yang berbetulan balai polis Larkin hanya terletak diseberang jalan kawasan flat ini tetapi memalukan kerana sepertinya pihak polis pun seperti tidak terdaya untuk mengawal maksiat dan jenayah dikawasan ini.
  
Penduduk berada dalam ketakutan untuk terus mengadu kerana aduan penduduk seperti boleh dihidu oleh pelaku maksiat dan jenayah yang akan membalas dendam antaranya rumah penduduk yang mengadu akan dipecahkan. Itu belum lagi kes kecurian motorsikal cukup serius.

Kisah Flat Larkin cukup sinonim dengan Ajk PAS Pusat Hj Mohamad Sabu yang menjaja cerita ini semasa siri-siri ceramah beliau di Johor. Beliau berseloroh penduduk disini cukup setia dengan Umno. Antara cerita beliau ialah bagaimana bersahaja seorang wanita mengandung pernah ditanyakan tentang isu lif yang tidak berfungsi selama bertahun-tahun, wanita itu hanya menjawab "nasib baik ada tangga". 

Inilah laporan dari Utusan Malaysia:-

1,000 penghuni pangsapuri menderita bekalan elektrik terputus

JOHOR BAHRU 24 Feb.- Lebih 1,000 penghuni Blok D, Pangsapuri Larkin di sini terpaksa 'hidup menderita' akibat terputus bekalan elektrik sejak Sabtu lalu. Bekalan tersebut mula terputus kira-kira pukul 2.30 pagi akibat fius utama di tingkat satu blok itu terbakar dipercayai angkara penagih dadah.

Sejak itu, para penghuni blok berkenaan terpaksa berhadapan pelbagai masalah antaranya lif tidak berfungsi, makanan yang disimpan rosak dan bergelap pada waktu malam.
Seorang penduduk, Md. Sis Talkan, 62, berkata, dalam kejadian tersebut panel suis utama di tingkat satu hingga tiga terbakar dan mengeluarkan asap hitam hingga terdapat beberapa penduduk sesak nafas.
"Pada hari kejadian, pihak bomba turut membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan penghuni yang mengalami sesak nafas."Kejadian tersebut menimbulkan pelbagai masalah kepada penghuni berikutan terpaksa bergelap pada waktu malam serta tidak dapat menggunakan lif," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Seorang lagi penghuni di tingkat 10, Heng Hak Khang, 60, pula berkata, ibunya kini yang berusia 80 tahun tidak lagi boleh turun ke tingkat bawah ekoran tidak mampu menaiki tangga.
"Saya tinggal berdua bersama emak dan tidak tahan tinggal di dalam rumah yang panas dan malam pula terpaksa menggunakan lilin," katanya. Bagi Idros Mohd. Ali, 74, yang tinggal di tingkat 4, dia terpaksa membaling tongkat ke bawah jika hendak turun tangga dan ketika naik pula terpaksa mendapatkan bantuan orang lain.
Sehubungan itu, Idros berharap pihak berkenaan segera mengatasi masalah berkenaan termasuk menyediakan janakuasa sementara sehingga bekalan elektrik kembali pulih.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di kawasan berkenaan mendapati terdapat kontraktor sedang melakukan kerja-kerja membaiki kabel elektrik yang rosak di bangunan 16 tingkat itu. Namun difahamkan, masih tidak dapat dipastikan bila bekalan berkenaan akan pulih sepenuhnya.
Kesan kebakaran dari tepi flat blok D


Kelihatan kontraktor sedang berusaha membaiki kerosakan

Kesan kebakaran yang serius


Blok D Flat Larkin

Bayangkan warga emas seperti ini terpaksa menaiki tangga sehingga ke tingkat 16


Apakah nasib kami ini, tidak diambil peduli oleh kerajaan

warga tionghua juga menetap di flat ini


penduduk sedang menjawab soalan dari wartawan

1 ulasan:

  1. Salam. Apa sangat flat larkin jika dibandingkan dengan negeri Kelantan yang diperintah PAS yang kononnya ingin menegakkan Syariat Islam tapi kes-kes maksiat dan jenayah masih banyak di negeri Kelantan.
    Muslimaat remaja belia dari kelantan yang datang ke negeri Johor untuk mencari rezeki ramai yang berstatus janda. Kalaupun belum bernikah diragui kesuciannya, akhlak Islamnya hanya pada luaran tetapi hakikatnya dalamannya busuk.
    Fikir2kanlah wahai saudara sebelum kamu ingin membentuk sebuah negara Islam kamu binalah dulu asasnya iaitu mendidik umat islam tentang akidah, feqah dan ihsan. Kamu hanya duduk di feqah sedangkan masih banyak jenayah2 akidah yang kamu tak perangi seperti ajaran sesat dan fahaman sesat. Agama itu bukan hanya pada hudud tapi agama itu ialah iman, islam dan ehsan.

    BalasPadam


Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah