Ahad, 7 Februari 2010

Nasharudin terima jemputan Dr Yusuf Al Qardhawi

KUALA LUMPUR, 4 Feb - Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa telah berlepas ke Doha, Qatar pagi ini bagi memenuhi jemputan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi untuk mengikuti satu wacana yang dipanggil Multaqa’ Anak Murid Qardawi yang julung-julung kali diadakan di Qatar.

Program selama lebih satu minggu itu akan turut dihadiri oleh seramai 30 orang ulama yang telah dikenal pasti dan dijemput sendiri oleh Syeikh Yusuf dari seluruh pelusuk dunia. Nasharudin merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang dijemput ke program tersebut. Menurut Nasharudin, ketika Syeikh Yusuf berada di Malaysia untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, beliau telah dijemput secara lisan oleh Syeikh Yusuf sendiri dan diikuti dengan surat jemputan rasmi untuk mengikuti program tersebut.

Penghormatan yang diberikan kepada beliau itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menimba ilmu daripada ulama terkenal di dunia itu di samping meluaskan jaringan rangkaian bersama lebih 30 ulama lain yang akan turut mengikuti program tersebut. “Mudah-mudahan rangkaian yang bakal terhasil nanti akan membantu kita memperkukuhkan gerakan Islam di seluruh dunia”, kata beliau.

Menurut Nasharudin, sebelum mengikuti program tersebut beliau telah dikehendaki untuk membaca lebih 10 kitab terbaru karangan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi sendiri. Program tersebut nanti akan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan Usul Fiqh dan penumpuan akan diberikan kepada bagaimana untuk melaksanakan usul fiqh dalam konteks kontemporari dengan pendekatan wasatiyah (kesederhanaan).

Menurut Nasharudin lagi, selepas berakhir program tersebut, ijazah akan diberikan kepada semua peserta untuk mempromosikan dan melangsungkan agenda yang cukup besar itu supaya kefahaman tentang Islam dapat diberikan kepada seluruh masyarakat dunia samada dikalangan orang Islam mahupun bukan Islam. Begitu juga untuk menjelaskan peranan gerakan Islam dalam menyampaikan risalah Islam dalam keadaan dunia yang sedang mencabar ini.

Ketika ditanya tentang isu kalimah Allah, Nasharudin berkata, “ saya menjangkakan akan membangkitkan beberapa isu semasa yang sedang berlaku di negara kita khasnya isu yang berkaitan dengan kalimah Allah ini kerana Syeikh Qardawi sendiri pada dua minggu lepas ketika menyampaikan khutbah di masjid beliau telah menyentuh tentang isu yang berlaku di Malaysia. InsyaAllah, saya akan cuba memberikan penjelasan tentang keadaan di Malaysia dan sudah tentulah pandangan-pandangan beliau nanti akan dapat kita ambil untuk saya bawa balik sebagai saranan daripada beliau sendiri.”

Sumber: Pas Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah