![]() |
Najib Tun Razak yang diiringi Nur Jazlan Mohamed melihat potret Tok Mat selepas merasmikan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai di Johor Bahru, semalam. |
JOHOR BAHRU 11 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat dan Galeri Tok Mat Rahmat di Tampoi dekat sini.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dengan perjuangan Mohamed atau lebih dikenali sebagai Tok Mat sepanjang menjadi ahli UMNO dan Menteri Penerangan suatu ketika dahulu.
Beliau berkata, perjuangan sejati Allahyarham terutama semasa parti melalui saat-saat genting pada tahun 1987 dan 1988 harus diteladani pemimpin UMNO masa kini.
"Kita mahu para pemimpin mencontohi semangat perjuangan Allahyarham yang terus berjuang demi memastikan UMNO terus diterima semua terutama orang Melayu," katanya.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan