Memaparkan catatan dengan label Pimpinan Pusat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pimpinan Pusat. Papar semua catatan

Rabu, 1 Disember 2010

Resolusi Persidangan Shah Alam

Resolusi Persidangan Shah Alam
Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat
29 November 2010, Shah Alam, Selangor

“Meneruskan Cita-cita Rakyat”

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.

A. Hasrat
Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini Kami menegaskan:

1. Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;

2. Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai  berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;

3. Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;

4. Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan

5. Untuk memastikan sumber kekayaan Negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

Ahad, 7 Februari 2010

Nasharudin terima jemputan Dr Yusuf Al Qardhawi

KUALA LUMPUR, 4 Feb - Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa telah berlepas ke Doha, Qatar pagi ini bagi memenuhi jemputan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi untuk mengikuti satu wacana yang dipanggil Multaqa’ Anak Murid Qardawi yang julung-julung kali diadakan di Qatar.

Program selama lebih satu minggu itu akan turut dihadiri oleh seramai 30 orang ulama yang telah dikenal pasti dan dijemput sendiri oleh Syeikh Yusuf dari seluruh pelusuk dunia. Nasharudin merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang dijemput ke program tersebut. Menurut Nasharudin, ketika Syeikh Yusuf berada di Malaysia untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, beliau telah dijemput secara lisan oleh Syeikh Yusuf sendiri dan diikuti dengan surat jemputan rasmi untuk mengikuti program tersebut.

Penghormatan yang diberikan kepada beliau itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menimba ilmu daripada ulama terkenal di dunia itu di samping meluaskan jaringan rangkaian bersama lebih 30 ulama lain yang akan turut mengikuti program tersebut. “Mudah-mudahan rangkaian yang bakal terhasil nanti akan membantu kita memperkukuhkan gerakan Islam di seluruh dunia”, kata beliau.

Rabu, 3 Februari 2010

Bila UMNO tidak menyerang PAS

Oleh : Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man

Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.

Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.

Isnin, 21 Disember 2009

AJK PAS Pusat dan PJ Negeri sesi 2009-2011

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN

PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN

SESI 2009 – 2011

  1. PRESIDEN : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
  2. TIMBALAN PRESIDEN : YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA
  3. NAIB PRESIDEN      : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
  4. NAIB PRESIDEN      : YB SALAHUDDIN AYUB
  5. NAIB PRESIDEN      : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
  6. KETUA DEWAN ULAMAK     : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
  7. KETUA DEWAN PEMUDA     : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
  8. KETUA DEWAN MUSLIMAT     : USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
  9. SETIAUSAHA AGUNG      : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
  10. BENDAHARI PAS PUSAT      : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
  11. KETUA PENERANGAN PAS PUSAT      : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
  12. KETUA PENGARAH PILIHANRAYA      : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
  13. AHLI JAWATANKUASA KERJA      : YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN


Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah