Sabtu, 27 Februari 2010

Blok D Flat Larkin Bakal Bergelap Sebulan?

Hari ini sudah masuk hari ke-6, hampir seribu orang penduduk blok D Flat Larkin berhampiran Terminal Bas Larkin keputusan bekalan elektrik yang menyebabkan penduduk bergelap pada malam hari, lif tidak berfungsi dan makanan yang disimpan didalam peti ais akan rosak.

Rombongan PAS Johor Bahru diketuai sendiri oleh Yang dipertuanya En Rosli Kemin ditemani beberapa orang AJK kawasan dan turut hadir Hj Abdullah Idris selaku Yang dipertua PAS Pulai.

Sidang media dan soal jawab bersama penduduk telahpun berjaya dilaksanakan bilamana ada penduduk yang berani tampil membuat laporan. Flat Larkin ini terletak dibawah Suk Perumahan Johor dan disewakan kepada penduduk. Flat setinggi 16 tingkat ini setiap tingkatnya pula ada 16 unit rumah menjadikan ia 256 buah dengan kira-kira 1,000 orang penduduk.

Kami dibawa meninjau kesan-kesan kebakaran dari tingkat satu hingga tiga dan didapati beberapa orang kontraktor elektrik sedang berusaha untuk membaiki kerosakan dan dimaklumkan kerosakan ini hanya boleh pulih sepenuhnya paling awal 2 minggu dan boleh jadi sebulan.

Rombongan kami diberikan cenderahati yang sangat bernilai sebelum berangkat pulang dengan beberapa pasang kasut dan selipar yang dipercayai dilempar oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang cukup tidak senang dengan kehadiran kami.
Inilah sikap terpuji orang melayu yang berjaya disemai oleh Umno yang dikatakan cukup kuat menjaga kawasan flat ini.

Sebulan yang lalu seorang warga emas mengadu kepada kami betapa maksiat di kawasan flat ini cukup serius dari isu seks sehinggalah isu pecah rumah. Penduduk pernah beberapa kali mengadu kepada pihak polis yang berbetulan balai polis Larkin hanya terletak diseberang jalan kawasan flat ini tetapi memalukan kerana sepertinya pihak polis pun seperti tidak terdaya untuk mengawal maksiat dan jenayah dikawasan ini.
 

Rabu, 24 Februari 2010

Kegiatan Korek Pasir Berleluasa

(Double klik pada gambar untuk besarkan)
Berita ini dikeluarkan di Harian Metro Selasa 23 Februari 2010,setelah puas mencari di http://www.hmetro.com.my (online) malangnya tiada,malah ianya keluar disuratkhabar yang bertarikh di atas.

Memorandom ini di keluarkan bagi memberi ruang kepada Pihak Penguasa membuka mata bahawa segala aktiviti ini kenapa dibiarkan begitu lama.tunggu apa lagi.....siasat segera,siapa yang terlibat,bila,&bagaimana ianya boleh terjadi....mudah-mudahan ianya dapat di ambil tindakan segera,segala bukti telah ada...Siapa Sebenar Dalang Jenayah ini???

http://pastenggara.blogspot.com/2010/02/kegiatan-korek-pasir-harammmm.html

Tahniah Timbalan Pesuruhjaya 1, BPPNJ

23 Feb 2010 : PAS Kawasan Pulai mengucapkan tahniah di atas pertunangan Timbalan Pesuruhjaya 1 BPPNJ, Tuan Hj Aminolhuda Hassan yang telah melangsungkan pertunangan malam semalam. Majlis perkahwinan beliau akan diadakan dalam jangkamasa terdekat. "Patah Tumbuh Hilang Berganti"

Khamis, 18 Februari 2010

Tanda Ingatan PAS Kepada Masyarakat Cina DUN Kempas








Lebih 30 kotak limau mandarin telah disampaikan kepada masyarakat Cina di Bukit Kempas, Rumah Berhala Tampoi, SRJK Tampoi, Pekan Tampoi dan Bukit Mewah pada hari Khamis dan Jumaat 11-12 Februari 2010 bersama YB Dr. Boo Cheng Haw (ADUN Skudai), En. Suhaizan Kaiat, Mr. Remon, En. Abdullah Idris (YDP Pulai), En Tan O Peng dan rakan-rakan. Ini merupakan tanda ingatan PAS dan Pusat Aduan Rakyat Kempas kepada mereka. Masyarakat Cina menyambut baik kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

Isnin, 8 Februari 2010

Muflis 2012: PAS mohon Sultan Johor campurtangan

KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS mahu Sultan Johor ,Tunku Ibrahim Ismail campurtangan ekoran kedudukan kewangan kerajaan negeri itu yang didakwa sangat lemah sehingga dijangka membawa kepada muflis pada tahun 2012.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad mendedahkan, bagi tempoh tiga tahun berturut-turut negeri itu mengalami defesit sebanyak RM2.04 juta (bajet 2008), RM2.746 juta (bajet 2009) dan RM1.5 juta (bajet 2010).

Dalam masa yang sama katanya, hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 peratus daripada RM841.13 juta pada 2007 kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion pada 2008.

"Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Johor adalah rendah kerana jumlah aset semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta (Tunai RM36.37 juta dan pelaburan RM165.16 juta) berbanding tanggungan semasa yang  berjumlah RM943.54 juta.

Ahad, 7 Februari 2010

Nasharudin terima jemputan Dr Yusuf Al Qardhawi

KUALA LUMPUR, 4 Feb - Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa telah berlepas ke Doha, Qatar pagi ini bagi memenuhi jemputan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi untuk mengikuti satu wacana yang dipanggil Multaqa’ Anak Murid Qardawi yang julung-julung kali diadakan di Qatar.

Program selama lebih satu minggu itu akan turut dihadiri oleh seramai 30 orang ulama yang telah dikenal pasti dan dijemput sendiri oleh Syeikh Yusuf dari seluruh pelusuk dunia. Nasharudin merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang dijemput ke program tersebut. Menurut Nasharudin, ketika Syeikh Yusuf berada di Malaysia untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, beliau telah dijemput secara lisan oleh Syeikh Yusuf sendiri dan diikuti dengan surat jemputan rasmi untuk mengikuti program tersebut.

Penghormatan yang diberikan kepada beliau itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menimba ilmu daripada ulama terkenal di dunia itu di samping meluaskan jaringan rangkaian bersama lebih 30 ulama lain yang akan turut mengikuti program tersebut. “Mudah-mudahan rangkaian yang bakal terhasil nanti akan membantu kita memperkukuhkan gerakan Islam di seluruh dunia”, kata beliau.

Rabu, 3 Februari 2010

Bila UMNO tidak menyerang PAS

Oleh : Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man

Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.

Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.

Isnin, 1 Februari 2010

Lawatan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor ke Pulai

Ahad, 31 Januari 2010: PAS Kawasan Pulai menerima lawatan dari rombongan Badan Perhubungan PAS Johor (BPPNJ) di Pejabat PAS Kawasan Pulai, Taman Tampoi Utama.

Tujuan lawatan adalah untuk menilai kekuatan dan kelemahan di setiap kawasan dalam negeri Johor. BPPNJ diketuai oleh Pesuruhjaya, Dr Mahfodz Muhammad, Timbalan Pesuruhjaya 1, Setiausaha Perhubungan, Ketua Pemuda dan Penolong Setiausaha Perhubungan.

PAS Kawasan telah berjaya mengumpul seramai hampir 40 orang untuk meraikan rombongan tersebut. Suasana pertemuan tersebut sangat baik dan mesra. Kelebihan dipuji dan kelemahan ditegur.

Pihak PAS Kawasan berharap semua yang hadir dapat menerima galakan dan teguran yang diberi oleh pihak BPPNJ dengan hati yang terbuka.

PAS Pulai Tanggungjawab Kita.

Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah