Isnin, 11 Januari 2010

Aktiviti PAR Kempas Merentasi Fahaman Politik


 


J/K Setinggan Kempas yang ditubuhkan di bawah Pusat Aduan Rakyat (PAR) Kempas telah menganjurkan Majlis Gotong Royong Membuat Bubur Assyura sempena Maal Hijrah 1431 Hijrah. Terdapat 13 kawah bubur assyura telah berjaya diusahakan secara gotong royong. Aktiviti ini telah dilaksanakan di perkarangan Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Kempas Permai. Semua lapisan masyarakat datang membantu. Datuk Nurjazlan Mohammad ahli Parlimen UMNO Pulai dan Sdr. Suhaizan Kaiat, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Kempas yg juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat turut sama dalam majlis ini




Aktiviti sampingan juga telah dilaksanakan iaitu aktiviti mewarna dikalangan kanak-kanak  Terdapat lebih 100 orang kanak-kanak telah turut serta. Sdr. Ramli Ibrahim selaku pengarah program cukup berpuashati dengan kehadiran lebih daripada 1000 orang sepanjang majlis dijayakan. Aktiviti PAR Kempas ini telah dianggap merentasi fahaman politik kepartian dengan kehadiran Datuk Nurjazlan yg juga Ketua UMNO Bahagian Pulai. Ia juga suatu pengiktirafan Datuk Nurjazlan kepada PAR yang sentiasa menjadi juara rakyat khususnya di Kempas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah