Khamis, 4 Mac 2010

PAS Johor ulas Isu Gereja Beri Bantuan Kepada Ibu Tunggal

BATU PAHAT, 4 Feb: Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Dr Mahfodz Muhamed, menyifatkan bantuan kewangan yang dihulurkan sebuah gereja kepada ibu tunggal yang memerlukan wang untuk belanja anak ke universiti, sebagai tamparan yang cukup besar kepada umat Islam.

“Memang tidak salah ibu tunggal tersebut menerima bantuan dari mana-mana pihak termasuk dari kalangan bukan Islam tetapi sebagai umat Islam kita sewajarnya merasa malu apabila penganut agama lain lebih peka dan perihatian terhadap nasib orang Islam.

“Insiden malang yang menimpa  ibu tunggal ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua pihak seperti wakil rakyat, pejabat agama daerah dan Baitulmal negeri mengamalkan slogan ‘rakyat didahulukan’, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, seolah-olah slogan tersebut hanya omong-omong kosong sahaja.


Dr Mahfodz berkata demikian sebagai mengulas bantuan kewangan yang diterima seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Hanum, 40, dari gereja di Batu Pahat sebanyak RM2000, setelah beliau gagal mendapatkan bantuan daripada wakil rakyat serta beberapa Institusi agama di peringkat daerah dan negeri, bagi keperluan anaknya di Universiti, baru-baru ini.

Dengan pendapatan sekitar RM900 sebulan, Hanum yang bekerja sebagai tukang sapu dan pengawal keselamatan ini perlu menampung kos anak tunggal beliau yang  baru setahun melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan di ibu Negara.

Masalah bermula apabila kejayaan anak gadisnya yang berusia 19 tahun itu dipandang remeh sesetengah pihak termasuk wakil rakyat, institusi agama daerah dan baitulmal negeri yang pernah beliau temui sebelum ini.  

Sebelum ini anak beliau sudah dua kali menolak tawaran melanjutkan pelajaran di dua universiti tempatan disebabkan masalah kewangan namun, setelah dua kali menyerah kalah ibu tunggal yang sudah 16 tahun ditinggal suami ini  berazam untuk mendapatkan bantuan bagi membolehkan anaknya meneruskan pelajaran di universiti tetapi malang pihak-pihak yang ditemui telah menolak permohonan beliau dengan alas an yang tidak munasabah antaranya, peruntukan wakil rakyat sudah habis digunakan untuk sambutan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

Menurut Dr Mahfodz, sepatutnya orang Islam menjadi contoh dengan menghulurkan bantuan kepada orang bukan Islam tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Kita cukup bimbang peluang ini diambil kesempatan oleh bukan Islam untuk menonjolkan kebaikan serta kemurnian agama mereka untuk tujuan tertentu, lebih-lebih lagi jika membabitkan akidah.

“Kita tahu baitulmal ada banyak wang dan wakil-wakil rakyat pula ada peruntukan untuk membantu rakyat yang susah, kenapa pihak-pihak terbabit terlalu sukar untuk menghulur bantuan kepada orang-orang yang memerlukan sehingga mereka terpaksa menagih simpati dari kalangan bukan Islam.

 “Tak patut sangat orang Islam menagih simpati daripada orang bukan Islam sedangkan kita mempunyai sumber kewangan yang banyak, sepatutnya orang Islam lebih peka dalam hal ini tetapi disebabkan ketidakpekaan sesetengah pihak menyebabkan insiden yang sangat memalukan ini terjadi.

“Apa yang berlaku ini sewajarnya dijadikan pengajaran dan muhasabah oleh pihak-pihak berkenaan, ini kerana bukan sahaja maruah Islam tercabar malah lebih penting lagi ianya turut membabitkan persoalan akidah umat Islam.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, seterusnya menyatakan kesediaan PAS negeri untuk membantu ibu tunggal tersebut jika diperlukan.

‘Kalau beliau perlukan bantuan PAS, kita pun boleh bantu sebab kita pun mempunyai kemampuan untuk membantu walau pun kita belum memerintah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah