Selasa, 30 Mac 2010

Roboh rumah: Penduduk buat rayuan di Parlimen


Sekumpulan penduduk dari Kampung Denai Pinggiran Kempas, Johor Baharu berkunjung ke Parlimen hari ini bagi meminta bantuan beberapa ahli parlimen PAS untuk memperjuangkan pampasan ke atas rumah mereka yang bakal dirobohkan di kampung berkenaan.


Wakil penduduk itu, Ramli Ibrahim berkata mereka mengetahui bahawa tanah di kawasan itu adalah milik kerajaan apabila mereka meneroka kawasan hutan berkenaan untuk mendirikan penempatan mereka kira-kira 20 tahun lalu.


Namun itu tidak boleh dijadikan alasan kepada kerajaan untuk tidak memberikan apa-apa pampasan kepada kira-kira 320 keluarga di kawasan itu, kata Ramli.


Jelasnya, pada 24 Mac lalu pihak berkuasa tempatan bertindak merobohkan sebanyak tujuh buah rumah dan lima buah kedai penduduk, termasuk premis warung makan dan kedai runcit di kampung itu.


Kira-kira 20 buah rumah lagi dan juga sebuah surau di kawasan sama dijangka akan menerima nasib yang sama, seperti yang dialami serama 200 penduduk kampung itu sebelum ini, kata Ramli.


Menurutnya lagi, 200 penduduk berkenaan kini ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Denai Kempas Permai sejak awal tahun lalu.


Keluarga yang terlibat dengan operasi perobohan pada 24 Mac dan untuk kawasan rumah yang masih berbaki pula akan ditempatkan di PPR Desa Mutiara, Tebrau yang terletak kira-kira 28 Km daripada kawasan sedia ada.


"Apa yang kami ingin minta di sini ialah supaya penduduk kampung ini diberikan pampasan dan supaya perobohan ini ditangguhkan. Kita hanya minta setakat RM30 ribu sahaja.


"Masalahnya sekarang ini langsung tidak ada pampasan. Kenapa kami tidak boleh diberikan pampasan, sedangkan penduduk Kampung Berembang di Selangor, Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dapat layanan lebih baik," soalnya.


Dalam sidang media sama, wakil Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata beliau akan membawa isu tersebut dalam perbahasannya di dalam dewan.


Turut memberi sokongan ialah wakil Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang berkata kerajaan perlu memberi ihsan kepada penduduk kampung berkenaan dengan memberikan pampasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah