Khamis, 24 Jun 2010

Wisma Persekutuan dilanda banjir kilat 23 Jun 2010

 
BANJIR KILAT... Kakitangan kerajaan dan orang ramai yang berurusan di Wisma Persekutuan Johor Baharu, di Jalan Ayer Molek terpaksa menunggu sehingga air surut akibat banjir kilat di bandaraya Johor Baharu, petang tadi. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) Lokman Sulaiman ketika dihubungi berkata banjir kilat berlaku selepas hujan lebat kira-kira dua jam mulai pukul 4 petang. Selain Wisma Persekutuan, Lokman berkata banjir tersebut turut menjejaskan beberapa bangunan di Jalan Ayer Molek termasuk Menara Tabung Haji dan Kompleks Mahkamah Johor Baharu. Kawasan lain yang turut terjejas adalah Jalan Skudai, Kampung Pasir, Jalan Yahya Awal dan Majidee. MBJB katanya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kejadian itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. - Foto BERNAMA

Khamis, 17 Jun 2010

PAS lancar Institut Latihan Pilihan raya PAS

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Semua para pemimpin kanan dan wakil rakyat PAS bakal berkumpul di Batang Kali pada 20 Jun ini bagi menyertai pelancaran gerak kerja Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS).

Majlis yang bakal dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu akan diadakan mula jam 8 pagi hingga 2 petang di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali. 

Boleh dikatakan semua pemimpin utama PAS dari ahli Majlis Syura dan AJK PAS Pusat hinggalah Pengarah Majlis Tindakan Dun dan jentera pilihan raya Dewan Himpunan Penyokong PAS akan terlibat dengan majlis ini. 

ILPAS ditubuhkan oleh Jabatan Pilihan raya PAS Pusat untuk memberikan latihan pengendalian kempen pilihan raya kepada semua jentera pilihan rayanya.

Ia bakal menjadi pusat penting untuk melahirkan petugas pilihan raya PAS untuk sebarang pilihan raya.

Sumber: Harakahdaily

Selasa, 8 Jun 2010

Himpunan Aman di Masjid Sultan Abu Bakar

CATATAN KETUA PEMUDA PAS JOHOR

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

Hari ini diseluruh dunia, saya percaya, telah diadakan himpunan bagi membantah kerakusan dan kebiadaban regim Yahudi menyerang dan membunuh sukarelawan yang dalam misi perjalanan ke Gaza. Di Malaysia, beberapa lokasi seperti di Kuala Lumpur, Kota Bahru dan Johor Bahru telah diadakan himpunan yang sama.
Pada peringkat awalnya saya telahpun merancang untuk bersama himpunan yang diadakan di KL tetapi kerana himpunan yang sama juga diadakan di Selatan tanahair dengan hati yang  berat memaksa diri untuk berhimpun di Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru.
Pada mulanya, himpunan diadakan dalam cuaca yang redup namun tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan semakin lebat apabila himpunan telah sampai ke kemuncaknya.

Ucapan pembakar semangat telah dilakukan oleh sdr Aminudin Ayub, sdr Suhaizan Kaiat, Ustaz Abdullah Hussin dan sdr Mazlan Aliman. Ramai yang betanya kenapa saya tidak mengambil ruang untuk berucap. Sebenarnya, sejak waktu siang tadi, kepala saya mula sakit dan hampir-hampir keberatan untuk hadir ke JB tetapi semangat dikuatkan apabila teringat saudara-saudara seagama yang lebih sakit di Palestin.


Isnin, 7 Jun 2010

Kompleks PAS Impian Kita!

30 Jun lepas tercipta suatu lembaran sejarah baru buat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) apabila majlis pecah tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetlands, Dengkil dirasmikan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kompleks baru yang dianggarkan menelan belanja RM30 juta ini merupakan satu lagi mercu tanda yang menjadi titik tolak kesinambungan perjuangan Islam, yang dipelopori PAS sejak lebih setengah abad.

Kompleks yang bakal dibina, mengandungi Pejabat Agung PAS, Pusat Konvensyen, Kompleks kediaman dan perniagaan dan sebagainya.

Di majlis tersebut, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta sebahagian besar pemimpin tertinggi PAS Pusat, hadir sama menyaksikan majlis pecah tanah.

25 tahun lalu, di Lorong Haji Hassan, Jalan Batu Geliga, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar didirikan. Pada ketika itu seluruh kawasan tersebut di kelilingi dengan kebun getah dan kebun buah-buahan.

Mantan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri yang pada ketika itu menjadi Setiausaha Agung PAS menjadi peneraju utama atau arkitek pembinaan Markaz Tarbiyyah.


Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah