Selasa, 8 Jun 2010

Himpunan Aman di Masjid Sultan Abu Bakar

CATATAN KETUA PEMUDA PAS JOHOR

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

Hari ini diseluruh dunia, saya percaya, telah diadakan himpunan bagi membantah kerakusan dan kebiadaban regim Yahudi menyerang dan membunuh sukarelawan yang dalam misi perjalanan ke Gaza. Di Malaysia, beberapa lokasi seperti di Kuala Lumpur, Kota Bahru dan Johor Bahru telah diadakan himpunan yang sama.
Pada peringkat awalnya saya telahpun merancang untuk bersama himpunan yang diadakan di KL tetapi kerana himpunan yang sama juga diadakan di Selatan tanahair dengan hati yang  berat memaksa diri untuk berhimpun di Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru.
Pada mulanya, himpunan diadakan dalam cuaca yang redup namun tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan semakin lebat apabila himpunan telah sampai ke kemuncaknya.

Ucapan pembakar semangat telah dilakukan oleh sdr Aminudin Ayub, sdr Suhaizan Kaiat, Ustaz Abdullah Hussin dan sdr Mazlan Aliman. Ramai yang betanya kenapa saya tidak mengambil ruang untuk berucap. Sebenarnya, sejak waktu siang tadi, kepala saya mula sakit dan hampir-hampir keberatan untuk hadir ke JB tetapi semangat dikuatkan apabila teringat saudara-saudara seagama yang lebih sakit di Palestin.


 
Apapun, tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan dan jemaah masjid yang sanggup menunggu sehingga program berakhir walaupun hujan. Beberapa keping gambar semasa himpunan aman membantah kekejaman Yahudi dan Judi Bola di perkarangan masjid Sultan Abu Bakar selepas solat Jumaat pada 4 Jun 2010.

Gambar: Himpunan Aman di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru 4 Jun 2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah