Selasa, 17 Ogos 2010

Bilangan Rakaat Solat Sunat Tarawih

Saban tahun apabila tiba sahaja kedatangan Ramadhan Al-Mubarak pasti akan berlakunya perbezaan pendapat berkenaan bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih.

Sesetengah pendapat yang agak keras menganggap pendapat mereka adalah yang lebih tepat, dan yang menjadi mangsa pada perbalahan ini ialah dikalangan masyarakat umum yang tidak dapat menentukan pendapat yang lebih sesuai dan tepat untuk diamalkan.

Pendirian mereka juga sering menyalahkan pendapat Imam-imam mazhab serta ummat terdahulu yang telah beramal solat tarawih ini berdasarkan hadis Rasulallah dan perbuatan para sahabat r.a dan menyatakan bahawa perbuatan mereka adalah bida’ah dengan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah S.W.T dengan tidak membenarkan menambah lebih dari lapan rakaat ketika menunaikan solat sunat tarawih. Jadi untuk menjawab permasalahan ini mari sama-sama kita melihat pendapat ulamak yang saya datangkan secara ringkas berkenaan masalah tersebut.

Perbahasan Dari Segi Lughah ( Bahasa )

Tarawih merupakan jamak pada kata tarwihah yang bermaksud istirehat. Ibnu Manzhur berkata “Dinamakan demikian kerana beristirehat para jemaah setiap empat rakaat di antara dua kali salam, dikatatan sekali rehat”. Dari taarif ini menerangkan bahawa solat tarawih itu lebih rakaatnya dari lapan, kerana istilah tarwihah adalah empat rakat yang pertama. Jika dua kali tarwihah ( istirehat ) menjadikan solat tersebut hanya lapan rakaat sahaja, serta tidak sampai maksud jamak pada kalimah Tarawih, kerana di dalam kaedah bahasa arab jamak itu sesuatu yang lebih dari tiga dan keatas.

Kesimpulannya jumlah yang sebenar Solat Tarawih ialah 20 rakaat. Pendapat ini adalah mu’tamad bagi seluruh mazhab yang empat, iaitu Al-Hanafiah, Al-Malikiyyah, As-Syafieyyah, dan Al-Hanabilah. Di sana juga ada pendapat daripada Al-Malikiyyah yang menyatakan bahawa Solat Tarawih ini adalah 36 rakaat, tetapi pendapat ini tidak masyhur.

Di sini juga dapat disimpulkan bahawa pendapat yang menyatakan Solat Tarawih ini hanya lapan rakaat sahaja, mula timbul sejak kebelakangan ini sahaja. Perbezaan pendapat ini berlaku kerana kefahaman yang salah terhadap sunnah nabi S.A.W serta tidak mampu menggabungkan di antara hadis-hadis Rasulullah S.A.W, dan tidak faham bagaimana hendak menyatukan antara hadis Rasulullah serta perkataan dan perbuatan para sahabat jika berlaku perbezaan.


Selasa, 3 Ogos 2010

Al Wala' wa Al Bara'

Al Wala' wa Al Bara' :

Siri Pertama :

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلا ة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره و واله

1.0 Muqaddimah

Konsep al Wala’ dan al Bara’ perlu difahami malah dihayati oleh setiap individu muslim amnya dan pemimpin Gerakan Islam khasnya. Asasnya ialah untuk meletakkan kita jernih aqidah , tulen ibadah , benar amalan dan jelas fikrah bersama perjuangan Islam yang kita dokong biarpun kita berhadapan dengan apa jua situasi .

2.0 Pengertian Al Wala’ dan Al Bara’

2.1 Pengertian Al Wala’ dari segi bahasa

Berasal daripada perkataan ولى- يلى- وليا ولاية ولاءyang membawa maksud dekat, kasih, mengikut, memberi pertolongan, memberi perlindungan dan sebagainya[1].

2.2 Pengertian Al Bara’ dari segi bahasa

Berasal daripada perkataan برئ- يبرأ- براء براءة yang membawa maksud bebas, peringatan, tajarrud atau berlepas diri[2].


Tarikh & Waktu

Pengarah MTD

DUN Kempas
Zulkifli Saleh

DUN Pengkalan Rinting
Mohamad Roslan bin Salleh

Kongsi Bersama

Semakan Daftar Pemilih

Pengikut

Rukun Bai'ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal
4. Jihad
5. Pengorbanan
6. Ketaatan
7. Thabat
8. Tajarrud
9. Ukhuwah
10. Thiqah