Politik hari ini dapat didefinisikan dengan pelbagai cara. Bagaimanapun ia didefinisikan, satu hal sudah pasti bahawa politik menyangkut kaitan kekuasaan dan cara penggunaan kuasa. Politik juga berhubungan dengan cara dan proses pengelolaan pemerintah kepada sesuatu negara. Dalam sistem sekular, politik lebih didasarkan kepada politik Machiavellis. Machiavellis mengajarkan bahawa, (1) Kekerasan (violence), brutal dan kekejaman merupakan cara yang mustahak bagi seorang penguasa; (2) Penaklukan ke atas musuh-musuh politiknya dinilai sebagai puncak kebajikan (summum bonum); (3) Mentadbir urusan politik ibaratnya seseorang yang mampu mempermainkan binatang buas.
Sistem politik sekular memiliki konsep homo homini lupus (manusia menjadi serigala terhadap manusia yang lain). Fakta politik seperti inilah yang menjadikan sebahagian kalangan Muslim tertipu sehingga menyimpulkan bahwa politik itu kotor. Oleh dasar itulah lahirnya hujjah-hujjah Islam tidak mengenal bahkan tidak boleh mencampuri politik, Islam harus dipisahkan dari politik kerana Islam itu suci dan politik itu kotor.
Sistem politik sekular memiliki konsep homo homini lupus (manusia menjadi serigala terhadap manusia yang lain). Fakta politik seperti inilah yang menjadikan sebahagian kalangan Muslim tertipu sehingga menyimpulkan bahwa politik itu kotor. Oleh dasar itulah lahirnya hujjah-hujjah Islam tidak mengenal bahkan tidak boleh mencampuri politik, Islam harus dipisahkan dari politik kerana Islam itu suci dan politik itu kotor.
Lalu dakwah Nabi-pun diberikan kedudukan sebagai dakwah spiritual dan moral belaka, tasbih dan sejadah semata, bukan dakwah bersifat politik.
Fahamilah Islam berbeza dengan itu. Politik dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siasah yang mengandungi erti mengurusi urusan, melarang, memerintah (Kamus Al Muhith, dalam kata kunci 'Sasa'). Nabi S.A.W menggunakan istilah politik (siasah) dalam hadis, "Adalah Bani Israel, mereka diurusi urusannya oleh Para Nabi (tasusu-hum Al-Anbiya). Ketika seorang Nabi wafat, Nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada Nabi setelahku, namun akan ada banyak Para Khalifah (ketua negara)" (Sahih Muslim).
Maka politik mengandungi urusan umat. Berkecimpung dalam dunia politik bererti memperhatikan keadaan kaum Muslimin dengan cara menghilangkan kezaliman penguasa dan melenyapkan kejahatan kaum kafir atas mereka.
Bila dilihat dari hubungan antara makna ulama dengan makna politik maka semestinya ulama dan politik Islam tidak dapat dan tidak boleh dipisahkan. Ertinya, ulama harus mengurusi urusan umat atas dasar Islam.
Abu Nu'aim menyatakan bahawa Nabi bersabda, "Dua golongan manusia yang apabila keduanya baik maka baiklah masyarakat. Tetapi, apabila keduanya rusak maka akan rusaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan penguasa". Oleh kerana itu, ulama harus berperanan dalam rangka kebaikan masyarakat, termasuk meluruskan penguasa.
Di antara aktiviti politik ulama adalah:
- Membina umat. Ulama terus melakukan pembinaan di tengah-tengah umat sehingga muncul orang-orang yang berkeperibadian Islam. Umat dibina perilakunya dengan selalu dikaitkan dengan akidah dan syariah.
- Membangun kesedaran politik umat (wa'yu siyasi), iaitu kesedaran umat tentang bagaimana mereka memelihara urusannya dengan syariat Islam. Bahkan, boleh jadi ulama menjadi penguasa. Kerana sebagian mufassirin memaknai Ulil Amri dalam surah An Nisa ayat 59 sebagai ulama.
- Memuhasabah penguasa. Imam Al Ghazali menyatakan, “Dahulu para ulama memuhasabah dan menjaga penguasa untuk menerapkan hukum Allah Taala adalah tradisi bagi mereka. Mereka mengikhlaskan niat sehingga nasihatnya membekas dihati. Namun, sekarang terdapat penguasa yang zalim namun para ulama hanya diam. Andaikan mereka bicara, nasihat mereka pula berbeza dengan perbuatannya sehingga tidak mencapai hasil yang diharapkan. Kerosakan masyarakat itu akibat kerosakan penguasa, dan kerosakan penguasa akibat kerosakan ulama. Adapun kerosakan ulama akibat digenggam cinta harta dan jabatan. Sesiapapun yang digenggam cinta dunia nescaya tidak akan mampu menguasai kerikilnya, apalagi untuk mengingatkan para penguasa dan para pembesar” (Ihya 'Ulumuddin, juzuk 7, hal:92).
Berdasarkan hal di atas jelaslah bahawa ulama menjalankan politik Islam, iaitu mengurus urusan masyarakat dengan Islam.
Sumber: Tarbawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan